Sunday, July 29, 2012

Cerita Kambing Kurus

"Al kesah di hujong sebuah desa tinggal saorang petani, di samping bercucok tanam dia juga memelihara ayam, itek, dan juga kambing. Binatang ternakkan ini dibuat tempat, reban atau kandang yang berasingan. Petani ini membina rumah untuk kambingnya jauh sedikit dari rumahnya (di tepi hutan). Pada suatu malam tanpa disedari oleh tuannya, datang saorang pencuri hendak mencuri kambing-kambing itu. Pencuri itu memanjat kandang kambing untuk melihat-lihat dari atas yang mana satu hendak diambilnya. Dalam masa yang sama, seekor harimau datang mengintai dari bawah kandang kambing. 

Kehadiran kedua musuhnya itu disedari oleh kambing itu, sebagai ketua dari kumpulan kambing ialah sa ekor kambing kurus yang sudah tua, lalu dia mencari helah bagaimana untok melepaskan diri dari musuh-musuh ini. Lalu ia menyuruh cucunya pura-pura bertanya pada nya, 'atok atok dalam dunia ini apa yang atok paling takut?' Jawab kambing kurus, 'semua atok tak takut kecualu satu saja.' 'Apa dia?' tanya lagi cucunya. 'Tempias.' 'Kenapa pula dengan tempias atok takut?' 'Siapa2 yang terkena tempias susah ubatnya,' ujar kambing kurus itu.

Perbualan kambing-kambing itu didengar oleh  harimau. Dia berfikir apa bendanya tempias yang ditakuti oleh kambing ini. Sedang harimau asek berfikir apa benda tempias itu, pencuri yang di atas rumah kambing entah macam mana tersilap langkah terjatuh betul-betul atas belakang harimau. Eh eh, ada pula kuda di sini! Di pegangnya telinga harimau itu kuat-kuat. Harimau pun apa lagi, lari lah sekuat hati, di tunggang oleh pencuri.

Apabila telah jauh baru lah pencuri itu sedar dalam cahaya samar malam yang dia tunggang itu ialah harimau. Perasaan takut mula terasa, semasa harimau itu melalui hampir sebatang pokok yang dahannya terjuntai ke bawah, si pencuri sempat berpaut pada dahan pokok untuk melepas diri dari harimau. Dan harimau pun berasa lega, dia menyangka yang jatuh di atas belakangnya adalah tempias yang amat ditakuti oleh kambing kurus itu.

Ke esokkan hari harimau pergi lah berjumpa raja monyet. Raja monyet bertanya harimau, 'wahai sang hulubalang kenapa tuan hamba nampak cemas aja' Jawab sang belang, 'hamba baru saja terlepas dari cengkaman tempias.' Lalu sang harimau pun menceritakan dari awal hingga akhir – lalu raja monyet pun berkata, 'Setahu hambalah tempias itu adalah rintik-rintik air hujan yang di tiup angin - itu lah yang di namakan tempias, kalau badan hamba rasa kurang sehat, hamba sengaja menantikan air hujan tempias, supaya badan hamba segar semula.

'Hamba rasa tuan hamba telah tertipu.' 

-as written by my grandmother, 
Hajah Halimah Awang Jaafar, 2012

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

About

Carpe Diem.

Labels